Monday, September 26, 2011

SELAMAT DATANG MUHAMMAD MUHAIMIN FIRDAUS

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pemberi.. Dikurniakan kepada kami anugerah yang tidak ternilai, zuriat penyambung keturunan.. Selamat datang Muhammad Muhaimin Firdaus.. Dia lahir pada hari raya ke4, 2 sept 2011 tepat jam 5.03 minit secara pembedahan..


Walaupun terpaksa menanggung sakit selepas bersalin sebab kelahiran terdahulu juga melalui c-sect, tapi aku bersyukur yang bayi ini selamat. Aku bersalin di Tey Maternity Specialist & Gynae Centre, Muar. Poor progress of labour, kata doktor.. Contraction dari pagi, smpai pukul 3, contraction dah selang 2-3 minit tapi hanya buka 3cm sahaja.. setiap kali contraction, kepala baby turun bawah. bila tak contraction, kepala baby naik semula.. lagi pulak, tali pusat belit leher baby.. doktor cadang c-sect utk keselamatan baby.

aku akur dan tetap bersyukur... kali ini nain dapat masuk tengok aku jalani pembedahan.. entah apa yang dia rasa agaknya ye..


No comments: