Friday, December 18, 2009

resepi PIZZA

Inilah favourite kami anak beranak.. sekali buat 1 kg tepung (7-8 pan) pun boleh habis. Saja nak share resepi.. hehe... tapi gambar sebelah tu gambar piza sebelum dibakar. lps bakar tak sempat nak amik gambar, dah kena ngap!




a) bahan untuk doh

(semua bahan ini digaul dan diuli sampai menjadi doh. Biarkan 1 jam sebelum dicanai)
  • 1kg tepung superfine blue key
  • 3/4 cawan gula
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 2 sudu margerin
  • 1 paket mauripan (bancuh dengan air suam)

b) bahan untuk topping

  • 3 ulas bawang putih - ditumbuk dan ditumis hingga naik bau
  • masukkan isi ayam yang dipotong dadu
  • tambah sos cili dan sos tomato life
  • tambah garam dan gula

c) bahan-bahan topping lain

  • keju mozarella yang telah disagat
  • 1 biji lada bengala dipotong dadu
  • 1 biji nanas dipotong dadu
  • 5 batang sosej ayam Ayamas

Cara membuatnya

  • canai doh ikut bentuk yang kita suka. bulat, empat segi...
  • letak dan ratakan lauk ayam yang telah dimasak ke atas doh
  • taburkan semua bahan-bahan lain ikut suka hati kita
  • paipkan mayonis lady's choice dan sos cili life atasnya
  • siap untuk dibakar! - 250 degrees dalam masa 15 minit (bergantung pada oven/microwave apa yang korang pakai)

SALAM AIDIL ADHA


-sekitar gambar di pagi raya - hakim dan faiz & adik dalam kereta

Tahun ni tak buat korban.. kuranglah sikit meriahnya. tapi tetap seronok sebab dapat berkumpul dengan ahli keluarga di Muar. Macam biasa kami berkumpul di rumah Cu, makan ketupat, rendang, ayam masak merah, sambal kacang dan lodeh.

ILHAM BEACH RESORT

Tahun ni sekolah nain buat hari keluarga di PNB Ilham Beach Resort, PDickson. Seronok lah jugak bawak anak mandi pool, pantai... Budak2, apa lagi lah yg lebih menggembirakan diaorang selain dari main dgn air..

Tahun ini bakar lemang


- Nain bakar lemang kat tepi rumah - Dengan mak mertua (kiri), atuk dan adik2 ipar

Raya tahun ni di bt7 (rumah mertua) agak meriah. Alhamdulillah, rumah pun dah siap renovate. tambah dua bilik, 3 bilik air dan besarkan dapur. dapatlah mak dan adik2 duduk dgn lebih selesa. Nain pun dgn konfiden nya nak masak lemang. berkat kerjasama kami adik beradik dan kepakaran mak, akhirnya merasalah kami semua makan lemang buatan sendiri.

Sunday, August 2, 2009

ABAH BERSARA 04 JULAI 2009


Abah pilih untuk bersara pada umur 56 tahun. maknanya, tahun ini adalah tahun terakhir abah berkhidmat sebagai guru di High School Muar (HSM). Abah, Zainal bin Ismail merupakan guru disiplin dan telah berkhidmat di HSM sejak 15 Disember 1990 - 04 Julai 2009 (19 tahun) Sepanjang perkhidmatan abah, abah hanya mengajar di 2 buah sekolah sahaja. pertama di Sekolah Menengah Ledang Tangkak dan sekolah kedua dan terakhirnya adalah HSM. Nampaknya lepas ini abah akan ada lebih banyak masa untuk keluarga.. bolehlah jalan-jalan ke Bentong.


Hakim sibuk tolong atuk buka hadiah persaraan

Thursday, June 25, 2009

AL FATIHAH UNTUK MAK TUA

23 Jun 2009 jam 11.46 malam - Mak Tua, nenek kesayangan kami telah kembali ke rahmatuulah. Al Fatihah untuk Mak Tua. Mak Tua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad 10 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Turut berada di sisi Mak Tua adalah keenam-enam anak-anaknya serta menantunya. Jenazah Mak Tua selamat dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Masjid, Parit Bunga. Al Fatihah untuk arwah Mak Tua, Normah binti Njah.

Tuesday, June 16, 2009

MAK TUA makin uzur..

Nenek kesayangan yang dipanggil Mak Tua (emak abah) semakin uzur. Dari sehari ke sehari tahap kesihatannya makin menurun. Mak Tua pun asyik lupa2... Kami sebagai cucu sentiasa doakan Mak Tua. Hari tu, 10 hari Mak Tua di Putrajaya sebab Pak Ngah nak jaga. Kemudian ke rumah kami. Lepas majlis pertunangan Wan, Chik pula bawa Mak Tua ke rumahnya. Kami semua doakan yang terbaik untuk Mak Tua..


Mak Tua & Muhammad Luqman Hakim