Monday, September 1, 2008

tukar tayar spare di serdang



290808 - nak balik muar.. kalau tak balik hari ni, maksudnya tahun ni memang tak merasa buka puasa di muar.. maklum le tahun ni giliran beraya di batu 7.. elok2 dah masuk tol sg besi, terasa semacam aje kereta.. sekali check, rupanya tayar kurang angin. keluar susur serdang dan pergi ke stesen minyak bhp untuk masukkan angin. malangnya, pam angin tu r
osak.. tayar pun dah flat.. perjalanan ke muar masih jauh. takde pilihan lain terpaksa tukar tayar.. nain le yang bertungkus lumus tukar. ( gambar tak terang sebab malam dan nain tgh bergerak-gerak.. takkan nak suruh dia berhenti buat kerja dan posing kot!! hehe.. kamera murah, nak wat camana..)

rumah WAN dan sepupu2 hakim



lepas kursus pengurusan stress, terus balik rumah mak mertua di batu 7 mentakab.. kat rumah mak, ada anak2 akak si along afiq dan angah azim.. adiknya si baby tak boleh berpisah dgn ibu dia.. sepanjang cuti dua beradik ni tinggal dengan wan dan makcik2nya.. seronok le hakim balik kampung ada kawan2.. hari ahad petang barulah balik ke bentong.. esok sekolah beb!

kursus pengurusan stress di Genting View

220808 - sehari selepas peperiksaan penilaian tahap kecekapan, smk bentong anjurkan kursus pengurusan stress di genting view. pertama kali hadiri kursus sekerat hari dengan membawa sama-sama hakim dan nain.. kami sama-sama join sekali sukaneka dan ceramah pengurusan stress.. sekali sekala bila guru2 dan staf semua beriadah, dan jalan2 naik genting, barulah kurang sikit stress!!

susu hakim makin mahal...


harga minyak dah turun sikit. alhamdulillah.. lega rasanya.. tapi harga barang-barang lain masih juga tak turun turun. paling ketara dan terasa susu hakim.. memang dia sesuai dengan susu ni. sebelum umur hakim setahun minum susu soya 'prosobee' sebab alah dengan laktosa. doktor tey yg cadangkan.. susunya ok cuma susah nak dapat kat pasaran. bila dah setahun lebih, tukar pada enfagrow.. susu ni pun ok. sama dgn prosobee, keluaran mead johnson. tapi sejak keluar yg 4kali dha ni harga dia melambung naik. bayangkan 1.7 kg cecah rm84.99. sebulan guna dua tin.. demi kasih sayang ibu pada anak, biarlah yang lain kurang asalkan dapat beri yg terbaik utk anak... moga2 hakim terus sihat dan jadi anak yang baik..

Sunday, August 17, 2008

ke PASIR GUDANG...


160808 ke pasir gudang. ada kerja kahwin sedara. Selamat Pengantin Baru utk Fatin Hanani, anak Uncle Syed & Aunty Shah dengan pasangannya penyanyi kumpulan UNIC.. dah terlanjur ke pasir gudang, kami sekeluarga singgahlah jumpa mak long dengan sepupu2..

Hakim dah setahun 7 bulan!


Nama : Muhammad Luqman Hakim Bin Muhammad Nain
Tarikh Lahir : 04 Januari 2007
Waktu Kelahiran : 1.45pm - cesarean delivery
Tempat Lahir : Tey Maternity Specialist & Gynae Centre, Muar, Johor
Berat : 2.7 kg
Panjang : 50cm

Sekejap aje rasanya masa berlalu.. hakim dah pun setahun 7 bulan. jadi anak yang baik ye sayang...


Saturday, August 2, 2008

cikgu tengah TENSION dgn kerja kursus!!

tahun ni mengajar tingkatan 3 kelas yg paling2 lah bawah.. kdg2 seronok tapi banyak yg terseksa. paling mencabar selain drpd nak control diorang dlm kelas adalah time nak buat kerja kursus.. markah dah kena key in sebelum rabu depan. tapi ada 3 org pelajar yg tak hantar lagi.dah lah tak datang sekolah! tu yg tak dpt nak tangkap buat kerja kursus.kalau ada kat sekolah mmg siap lah kamu semua aku kerjakan.. semalam ketua panitia dgn hem menyusul ke rumah diaorang. mmg takde gaya nak belajar. dok rumah sesaja tak buat apa2.. janji isnin ini nak dtg sekolah.suruh datang salin pun susah..nilah yg dikatakan objektif kerja kursus tak kesampaian.. nak diberi markah 0, tak boleh.. nanti ditanya lembaga.. sekolah kena siasat. kita yg susah. padahal budak2 mcm ni mmg tak layak dpt markah. kita yg beria-ia nak tolong dia tapi dia langsung taknak tolong diri sendiri. tak tahu lah apa nak jadik dgn anak bangsa ku ini.. emotional ke aku ni?? entahlah..

Thursday, June 19, 2008

mesyuarat pembangunan laman web myschoolnet 2/2008


170608 - 190608 ada mesyuarat pembangunan laman web myschoolnet di seaview langkawi. dalam sibuk2 dengan pemantauan kerja kursus di sekolah, sempat jugak attend meeting kali ni. seronok dapat jumpa member maktab ina, pijah dan kakyan. tak lupa gak en.sazali, pensyarah kita kat maktab dulu. sambil2 tu adalah juga beli sikit buah tangan utk kaluarga.. sian hakim kena tinggal lagi kali ni.



family day - tiara beach resort, port dickson



140608 dan 150608 - satu family ke Tiara Beach Resort, Port Dickson. best sebab dpt bawak hakim main air kat pool. mula2 takut pastu taknak kuar.. sampai kecut2 tangan.. tengoklah gambar sekitar tiara dan teluk kemang.

hakim masuk wad

200508 - hakim masuk wad. masa tu dia demam, batuk dan selsema. bila xray, kahak penuh dalam paru2.. kena masuk air, masuk gas dan kena sedut guna tiub.. kesian sgt... 5 hari dok wad. hari terakhir ibu dia pulak yg jatuh sakit.

peringatan:
1. pastikan baby tak kena direct air cond ataupun kipas yg kuat
2. jgn mandikan baby waktu malam
3. jgn bagi baby minum ais / aiskrim (sekali sekala takpe!)

Wednesday, June 18, 2008

pakat gi terengganu

110508 - ke terengganu. nak amik adik ipar, si ella tu dia baru je grad universiti darul iman. mak ikut sekali. sambil2 tu amik kesempatan gi jalan2 terengganu. gambar sekitar di terengganu. gi kampung losong, taman tamadun islam, masjid kristal. penat tapi best.