Sunday, March 22, 2009

SELAMAT HARI JADI ABAH (nain -32tahun)



210309 - hari jadi nain ke 32. kami sekeluarga sambutnya di rumah muar. sederhana saja... maklum le lum dapat gaji. hehehe... untuk abang, ana sentiasa doakan semoga abang dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. jaga diri sebaiknya, jaga kesihatan dan terima kasih kerana menjadi suami dan abah yang paling bertanggungjawab pada keluarga kita ini. insya allah, abang akan sentiasa dirahmati Allah. amin...

PENGALAMAN RUMAH BARU

1. 1st day, Hakim demam panas. sampaikan terpaksa ke wad kecemasan hospital bentong pukul 4 pagi sebab suhu badan sangat panas (40 C). bernasib baik sebab malam tu ada doktor. doktor masuk ubat ikut punggung dan tak tahan wad. yang peliknya waktu siang, sihat sejahtera.

2. malam kedua, start demam semula... senang cerita untuk tempoh 5 hari, bila malam, demam. siang ok. pastinya ada gangguan. kami ikhtiar sendiri. tiap malam baca yassin sama2, baca al quran dan alhamdulillah, minggu berikutnya semua kembali normal seperti biasa.

3. tension!! sebab rumah baru ni, luar je nampak best tapi bila dah duduk, baru tahu kelemahannya. masa tu lah tahu bilik air bocor, atap bocor.. tapi nasib baik semua pemaju yang tanggung. cuma service, biasalah lambat macam siput!! sekarang, alhamdulillah semua dah settle.


4. setiap hari kena standby. maksudnya rumah kena kemas, bersih sebab ramai yang datang berkunjung. seronok sebab tetamu datang membawa rezeki. ramai yang tanya tak buat kenduri ke?? hehe.. baru masuk rumah, duit banyak habis maaa... macam mana nak buat kenduri..

sedikit gambar dalam rumah (hakim & faiz - masa keluarga johor datang sini)


hakim, wan (mak mertua) dan famiza (adik ipar)

PERJUMPAAN KELUARGA IKHSAN



271208 - Perjumpaan keluarga IKHSAN (IKATAN KEKELUARGAAN TUAN HAJI SAMIAN BIN HAJI ABD MOIN); semua ahli keluarga sebelah ibu. kami berkumpul dari pagi hingga ke petang. Macam2 aktiviti dijalankan seperti sukaneka, makan2, karaoke dan bergambar. sambil2 itu kami saling beramah mesra. al maklum lah, jumpa sekali sekala.

masa tu, semua adik beradik ibu ada kecuali paklong (hantar anak masuk Uitm), uncle black, uncle udin (kat NY) dan aunty rohaya. sebagai permulaan, perjumpaan tu tetap meriah dan berjaya. alhamdulillah..

Saturday, March 21, 2009

TAHUN BARU, RUMAH BARU

Sebenarnya sedih sangat tinggalkan kuarters. 2 tahun setengah maaa... macam2 kenangan di situ. tapi sampai bila nak duduk kuarters. akhirnya, kami bersetuju beli sebuah rumah di bandar bentong

Harga rumah dalam 149k (20x65 je) buat loan kerajaan, bukan main leceh prosedur dia.. satu malaysia punya urusan, semuanya buat kat satu tempat.. kalau efisyen tak apa.. ni selagi kita tak buat follow up, selagi tu lah fail kita kat bawah.. tempoh 3 bulan yg pemaju bagi pun tak dapat settle. last2 kena gak interest dalam rm400 lbh.. pemaju pun cekik darah. tapi akhirnya, alhamdulillah.. dapat gak kunci rumah.


Rumah tu start renovate dalam bulan oktober dan siap sepenuhnya akhir bulan disember 2008. tak banyak pun, cuma buat tembok kiri kanan, tile porch dgn tambah wet kitchen.

sekitar gambar renovate rumah...

Friday, March 20, 2009

LAMA DAH TAK UPDATE BLOG...


macam2 peristiwa berlaku sepanjang tak update blog ni. nak buat camana, takde
kesempatan. apapun, saja nak list down perkara2 yang dah berlaku pada kami sekeluarga :

1. Raya aidilfitri 2008 di Batu 7, Mentakab. kat rumah keluarga mertua.
2. Raya aidil adha 2008 di Muar.
3. Perjumpaan ahli keluarga IKHSAN (seluruh ahli keluarga sebelah ibu berkumpul di rumah pusaka Tok Mak dan Tok Bak di Linau Kecil, Batu Pahat)
4. 010109 - pindah rumah baru di Taman Bentong Makmur
5. terima kunjungan orang johor (ibu abah adik faiz wan zura dan kawan zura, lin SgPetani) ke rumah baru kami!!
6. terima kunjungan orang batu 7 (mak atuk long kaklong kakde abg hisham dan adik2 ipar) ke rumah baru kami!!
7. kursus kenegaraan di kem bina negara, lipis - balik bawak parut kat pipi... (sampai la ni tak hilang lagi!)
8. amik PTK utk kali ke 3 untuk dua-dua paper.. (nain dah lepas paper umum)