Monday, September 24, 2007

RAHMAH, NAZRI & ....

Rahmah call semalam.. (rahmah: sahabat + adik angkat yang paling baik + memahami.. sahabat dunia akhirat..) biasalah cita pasal dia, pasal suaminya nazri, pasal mertua, ipar.. kesimpulannya dunia perkahwinan ni tak semudah yg disangkakan.. tabah-tabahkan lah hati ya rahmah.. apapun tahniah di atas perkahwinan yg sederhana tetapi meriah.. selamat pengantin baru rahmah & nazri – 24 ogos 2007

Monday, September 10, 2007

sakit mata, klinik liew, family day, ikan bakar

Balik Langkawi jangkit dari Hakim sakit mata.. sambung lagi cuti.. ibu jangkit dari Hakim; Hakim jangkit dari rumah babysitter..

Malam tu, 30 ogos bergegas ke bandar cari klinik. malangnya satu klinik je yg bukak. klinik liew. yg lain semua tutup! kata nain doktor2 kat bentong ni semua pentingkan family. nak spend masa ngan family malam2..sebab tu lah klinik tutup awal!(ala2 mempertahankan kawasan dia lah..)

baik dari sakit mata terus ke sekolah. masa tu dah 6 sept.semua orang kata "lamanya tak nampak ana.." aih, takkan rindu kot!! sambung balik kerja2 yg tertangguh di sekolah...

hari ini penat, baru balik dari family day smk bentong di fantasia resort, balok kuantan.. teringin makan ikan bakar kuantan. singgahlah di tanjung lumpur.