Wednesday, August 18, 2010

BOWLING DI BERJAYA HILLS RESORT



Abah, ibu, faiz dan adik ke Bentong pada hari Jumaat malam, 060810. Hari Isnin kami main bowling di Berjaya Hills Resort, yang dulunya dikenali sebagai Bukit Tinggi. Best la jugak, sekali sekala luangkan masa dgn keluarga dgn aktiviti macam ni.. siapa champion?? hehe, tentulah nain.. paling out si faiz, semuanya masuk longkang..Abah, ibu, faiz dan adik ke Bentong pada hari Jumaat malam, 060810. Hari Isnin kami main bowling di Berjaya Hills Resort, yang dulunya dikenali sebagai Bukit Tinggi. Best la jugak, sekali sekala luangkan masa dgn keluarga dgn aktiviti macam ni.. siapa champion?? hehe, tentulah nain.. paling out si faiz, semuanya masuk longkang..

GELAGAT HAKIM-IKI DI BATU 7 - MENTAKAB



Mood tengah baik, macam2 posing & aksi Hakim dan Iki (anak kepada mak sedara Nain) dapat dirakam.

BIRTHDAY KALI KE BERAPA EK??


Tak tahu la tahun ni entah berapa banyak kali la nak celebrate birthday si kecik nih.. tetiba nak makan cake. ok, jom pegi kedai kek. sampai sana, tak nak yang slice nak sebiji kek. nak lilin. nak nyanyi2 dan tiup... nasib baik la kau sorang je Hakim, boleh lah ibu melayan...

SELAMAT PENGANTIN BARU EZWAN-SAZLIN



16, 17 dan 18 Julai 2010 merupakan hari bersejarah bagi keluarga kami. Adik kedua, Ezwan Shah aka Pak Ngah selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya Bayzura Sazlin. Alhamdulillah, sekali lafaz saja Si Lin sah menjadi isteri kepada Wan. Dah berumah tangga ni tangggungjawab makin berat. Laksanakan tanggungjwab sebaiknya, Insya Allah rumah tangga kekal bahagia dan sejahtera selamanya. Amin...

PENANGAN TOY STORY


Ada yang berangan nak jadi Woody.. hehe.. pinjam topi koboi dari pak ngah dia.

Monday, May 24, 2010

23 MEI 2010 - Little Twinkle Sport Day

seronok tengok budak2 tadika hakim ni bersukan. Cikgu-cikgu dan ibu bapa semua komited. Pegawai PPD Bentong pun datang rasmi. Jom tengok gambar!

Monday, May 10, 2010

POOL DI JANDA BAIK

Janji dengan Hakim nak ke swimming pool. punyalah dia happy. tapi sebenarnya ke janda baik aje. terlanjur ada sukan tahunan bekas sekolah nain dulu, SK Janda Baik dan nak tengok cikgu sekolah tu dapat baby, ingat nak bawak dia mandi sungai sekali. Sampai2 aje, inilah dialog dia.

Hakim : abah, mana swiming pool?
Abah : yang ni sungai,lagi best dari swiming pool

Hakim : kenapa air dia tak biru?
Abah : Air dia tak biru tapi sejuk, lagi best.
Hakim : Tak nak mandilah.. air kotor. jomlah balik...


setakat jejak kaki ke air je, pastu balik...

RESTORAN JEJANTAS AYER KEROH MELAKA


Masa dalam perjalanan dari Bentong ke Muar, memang selalu singgah di restoran jejantas ni. Selesa tempat dia, nak solat, nak makan. Saja rakamkan gelagat Hakim sementara tunggu abah dia order makanan.


HAKIM MASUK SEKOLAH

Tahun ni masukkan hakim ke tadika. walaupun baru 3 tahun, tapi rasanya tak adalah awal sangat. Daripada dia buat rutin yang sama di rumah pengasuh dengan pengisian yang mungkin kurang berbanding jika ke sekolah, jadinya kami pun bersetuju untuk pejam mata dan keluarkan duit untuk tampung belanja bulanan tadika hakim. TADIKA LITTLE TWINKLE. pendaftaran kena bayar lebih kurang rm850. bulanan rm160, van rm50 dan pengasuh rm200. anak punya pasal, tak bolehlah nak berkira sangat.

Pengalaman hantar hakim ke sekolah; hari pertama dia nangis. tapi teacher kat tadika tu kata, "let us handle it, don't worry" jadinya dengan kesian tinggalkanlah dia kat sana.

Hari kedua, hantar hakim ke van aje. van Uncle Muthu. Alhamdulillah, dia tak meronta. elok je. kat sekolah respond dengan apa yang cikgu dia ajar, tapi masih lagi taknak berkawan. muka masam, taknak bercampur.

hari ketiga abah dia hantar sendiri naik kereta. cikgu dia kata satu hari dia spoil. langsung taknak makan, taknak berkawan, taknak main. asyik nak abah, nak pergi sekolah abah.. moralnya, jangan hantar anak sendiri, biarkan dia naik van, jadinya dia tak nampak muka kita.


dalam kereta breakfast sebelum ke sekolah

sekarang, dah happy sangat nak ke sekolah. dalam sebulan jugalah si hakim ni nak menyesuaikan diri. lega tengok perubahan dia. dah mula boleh sebut nama-nama kawan dia. macam2 perkara yang dia dah tahu. nyanyi lagu negaraku dari mula sampai habis, tahu color, shapes, lagu2 kanak2, ABC, 123, Januari, Feb... boleh lead exercise, dan yang paling penting tahu nak bersosial dan berkawan. yelah, hakim kan belum ada lagi adik beradik yang lain.
Tahun depan ingat nak hantar hakim ke PASTI pulak. budak2 ni tak boleh disogokkan dengan benda yang sama sebab nanti dia cepat bosan. Umur 4 tahun nanti belajar agama pulak ye sayang..

HAPPY BIRTHDAY HAKIM




Awal tahun, biasanya memang kelam kabut dan busy dengan mcm2 hal. Tak ada kesempatan dan tak ada duit nak celebrate birthday hakim besar-besaran. jadinya, untuk tahun ke 3 ni, kami masih lagi sambut bertiga sahaja. Ibu, Abah dan Hakim! Jadi anak yang soleh ye sayang..