Thursday, June 25, 2009

AL FATIHAH UNTUK MAK TUA

23 Jun 2009 jam 11.46 malam - Mak Tua, nenek kesayangan kami telah kembali ke rahmatuulah. Al Fatihah untuk Mak Tua. Mak Tua telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di wad 10 Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar. Turut berada di sisi Mak Tua adalah keenam-enam anak-anaknya serta menantunya. Jenazah Mak Tua selamat dikebumikan di tanah perkuburan Jalan Masjid, Parit Bunga. Al Fatihah untuk arwah Mak Tua, Normah binti Njah.

Tuesday, June 16, 2009

MAK TUA makin uzur..

Nenek kesayangan yang dipanggil Mak Tua (emak abah) semakin uzur. Dari sehari ke sehari tahap kesihatannya makin menurun. Mak Tua pun asyik lupa2... Kami sebagai cucu sentiasa doakan Mak Tua. Hari tu, 10 hari Mak Tua di Putrajaya sebab Pak Ngah nak jaga. Kemudian ke rumah kami. Lepas majlis pertunangan Wan, Chik pula bawa Mak Tua ke rumahnya. Kami semua doakan yang terbaik untuk Mak Tua..


Mak Tua & Muhammad Luqman Hakim

AKU KEGUGURAN...

Kronologi peristiwa:

120509 : buat pregnancy test sendiri, ada 2 line!! alhamdulillah...
140509 : ada pendarahan sikit (hati mula risau..)
150509 -230509 : setiap hari keluar "brownish". sikit aje, dalam 3-5 titik (semakin risau..)
150509 : ke klinik SK NG, Bentong utk scan tapi doktor kata terlalu awal untuk scan (rasa tak puas hati...)
190509 : ke klinik ELYZA, Bentong - scan dan semua ok. ukuran sesuai untuk 4 minggu 2 hari. Heartbeat pun ok. masa tu rasa lega sangat2..
240509 - 140609: sepanjang tempoh ini tak ada langsung brownish atau darah yang keluar. aku pun mula yakin yang kandungan aku selamat.

140609 : selepas majlis pertunangan wan, sebelum bertolak balik ke Bentong, tergerak hati utk jumpa pakar, Dr. Tey di Tey Maternity Specialist & Gynae Centre (tempat bersalinkan Hakim dulu). Alangkah terkejutnya bila doktor scan di perut, tak nampak heartbeat. Doktor scan dari bawah dan memang pasti, kandunganku telah tiada.

Apoinment diatur, esok aku harus masuk wad untuk menjalani d&c untuk mengelakkan jangkitan dan tumpah darah.

150609 : Jumpa doktor jam 12 tengahari dan doktor induce untuk membuka pintu rahim. 6 jam selepas itu aku dibawa ke operation room. aku dibius seluruh badan dan doktor mula menjalankan proses d&c. Jam 6.30petang aku dibawa semula ke wad dan berehat selama 2 jam. Jam 9.00malam aku dibenarkan pulang dengan pelbagai ubat dan antibiotik. Kos perubatan RM706.

Pengalaman ini sebenarnya amat menyedihkan, menyakitkan dan menakutkan. Belum ada rezeki untuk menimang anak kedua. Aku harus tabah dan terima ujian Allah. Allah Maha Mengetahui. Mujurlah aku ada suami dan keluarga yang sentiasa menyokong, memberi semangat dan ada di sisi sepanjang masa.

Doktor memberi aku cuti rehat selama 2 minggu dan aku akan menjalani tempoh berpantang. Doakan aku cepat sembuh.

Majlis Pertunangan Wan - Lin


140609 - hari ini secara rasmi Ezwan Shah (adik lelaki yang no 2) mengikat tali pertunangan dengan Nur Baizura Sazlin. Rombongan kami tiba di rumah perempuan pada jam 11 pagi. Wang hantaran ditetapkan sebanyak RM10K dengan hadiah iringan sebanyak 13 dulang berbalas 15. Majlis yang sederhana tetapi meriah ini berakhir kira-kira jam 1 tghari. Tahniah kepada Wan dan Lin.

Ezwan Shah & Nur Baizura Sazlin - Ibu sarung cincin di jari Lin

renovate rumah batu 7



seminggu sebelum cuti sekolah, 250509 Obet dan Ali (tukang rumah Indon Bentong) dah mulakan projek menambah dan mengubahsuai rumah mak mertua di Batu 7, Mentakab. Tambah 18' x 18' (dua bilik dan 1 bilik air), renovate bilik air sedia ada, betulkan bumbung, pecah dan tambah table top. Nain tolong uruskan hal2 beli barang. Kos renovation ni cecah 20K. Harap2 lepas ni mak lebih gembira dengan perubahan rumah, lebih luas dan selesa utk adik beradik berkumpul.