Monday, September 1, 2008

tukar tayar spare di serdang



290808 - nak balik muar.. kalau tak balik hari ni, maksudnya tahun ni memang tak merasa buka puasa di muar.. maklum le tahun ni giliran beraya di batu 7.. elok2 dah masuk tol sg besi, terasa semacam aje kereta.. sekali check, rupanya tayar kurang angin. keluar susur serdang dan pergi ke stesen minyak bhp untuk masukkan angin. malangnya, pam angin tu r
osak.. tayar pun dah flat.. perjalanan ke muar masih jauh. takde pilihan lain terpaksa tukar tayar.. nain le yang bertungkus lumus tukar. ( gambar tak terang sebab malam dan nain tgh bergerak-gerak.. takkan nak suruh dia berhenti buat kerja dan posing kot!! hehe.. kamera murah, nak wat camana..)

rumah WAN dan sepupu2 hakim



lepas kursus pengurusan stress, terus balik rumah mak mertua di batu 7 mentakab.. kat rumah mak, ada anak2 akak si along afiq dan angah azim.. adiknya si baby tak boleh berpisah dgn ibu dia.. sepanjang cuti dua beradik ni tinggal dengan wan dan makcik2nya.. seronok le hakim balik kampung ada kawan2.. hari ahad petang barulah balik ke bentong.. esok sekolah beb!

kursus pengurusan stress di Genting View

220808 - sehari selepas peperiksaan penilaian tahap kecekapan, smk bentong anjurkan kursus pengurusan stress di genting view. pertama kali hadiri kursus sekerat hari dengan membawa sama-sama hakim dan nain.. kami sama-sama join sekali sukaneka dan ceramah pengurusan stress.. sekali sekala bila guru2 dan staf semua beriadah, dan jalan2 naik genting, barulah kurang sikit stress!!

susu hakim makin mahal...


harga minyak dah turun sikit. alhamdulillah.. lega rasanya.. tapi harga barang-barang lain masih juga tak turun turun. paling ketara dan terasa susu hakim.. memang dia sesuai dengan susu ni. sebelum umur hakim setahun minum susu soya 'prosobee' sebab alah dengan laktosa. doktor tey yg cadangkan.. susunya ok cuma susah nak dapat kat pasaran. bila dah setahun lebih, tukar pada enfagrow.. susu ni pun ok. sama dgn prosobee, keluaran mead johnson. tapi sejak keluar yg 4kali dha ni harga dia melambung naik. bayangkan 1.7 kg cecah rm84.99. sebulan guna dua tin.. demi kasih sayang ibu pada anak, biarlah yang lain kurang asalkan dapat beri yg terbaik utk anak... moga2 hakim terus sihat dan jadi anak yang baik..