Sunday, December 23, 2007

HAKIM, tidur dan tigger...


hakim ni tak diajar tidur buai.. nak tidurkan dia, main popok2 aje.. tidur mesti dgn patung tigger dia.. takpun ernie sesame street dia.. saje nak kongsi gambar hakim tgh tidur. zzzzz.....

HAKIM & makan..


bila makan luar, hakim memang tak pernah tinggal.memang angkut dia ke mana2 saja kita pergi. dulu dia nak jugak duduk kat baby chair kat kedai2 makan tu.. tapi sejak akhir2 ni asyik nak panjat keluar je dari baby chair tu. terpaksa lah abah dgn ibu makan bergilir.. tengoklah gelagat hakim di kedai makan..

Aidil Adha 2007

aidil adha tahun ni meriah.. family pun ada buat korban.. ramai saudara mara yg balik kampung. dapat jumpa sepupu dgn anak2 masing2.. best. tukar2 cerita.. tgk baby masing2 yg dah makin membesar.. dalam 7 orang anak2 sepupu yg lahir tahun ini, hakimlah yg paling sulung.. tengoklah gambar sekitar aidil adha 2007.

BBQ sebelah rumah


nak BBQ kat janda baik macam tahun lepas tak jadi sebab plan ibu abah nak ke bentong terpaksa cancel.. almaklum le musim hujan banyak tempat naik air (termasuk le tempat nain.nasib baik rumah mertua tak naik air..) jadinya buat lah BBQ kat rumah. sekali dgn sambutan 2nd anniversary. zura sponser cake!!

LANGGAR LUBANG

hari sabtu 081207 lbh kurang pukul 9.30mlm. kat kwsn sunyi jalan mentakab-bentong, tiba2 gedegung!!! terkejut sgt2.. fobia terbabas kat bera ari tu pun lum hilang lagi.. nain terlanggar lubang besar. tayar depan bocor. rim depan belakang belah kiri pun bengkok. dgn tayar yg bocor tu, jln je pelan2 cari kwsan yg terang sikit utk ganti tayar. alhamdulillah jumpa le satu warung. tempat tu namanya kampung sempadan. tima kasih pada mat2 moto yg lepak2 kat kedai tu. masa langgar lubang tu pakai keta kelisa ibu(pinjam keta ibu sebab keta sendiri lum kuar bengkel)

Saturday, November 24, 2007

KONVOKESYEN ZURA



17 november 2007 - konvo lagi!! kali ni turn zua pulak.. zura aka zua ni adik yg ketiga.. alhamdulillah dah tamatkan pengajian.. ijazah yg sama pulak tu dgn kakak sulung dia.. ijazah sarjana muda sains (kep.) (teknologi maklumat). sekarang ni dah kerja kat majlis perbandaran sungai buluh sebagai programmer.. kak long jadik cikgu je zura.. heheh..

ACCIDENT DI BERA


26 oktober 2007 - dalam perjalanan dari bentong ke muar. ikut jalan lama.masa tu maghrib dalam pukul 7.20mlm.. hujan renyai2.. nain bawak pun setakat 80km/j. tiba2 kat satu selekoh, tah camana terasa macam tayar belakang terbuang.. terus terbabas ke tepi jalan. semua yg ada kat tepi jalan tu kami langgar. last sekali langgar tembok penanda km yg warna putih dgn biru tu. pecah berkecai tembok tu, melantun ke atas kereta..
kemek jugaklah keta.. skirting depan tercabut, side mirror pecah, body keta calar-balar, cermin depan rosak, lantai kereta pun rosak, cat skirting belakang pun terkopek.. sedih gak le tengok kerosakan keta tu..
tapi yg syukurnya kami semua selamat. alhamdulillah.. cuma terkejut aje.nasib baik time tu si hakim dekat belakang dengan mak mertua. moralnya, asal naik keta je jgn lupa seat belt. tak kira lah kat depan atau pun kat belakang.

RAYA 2007

mengikut sistem giliran yg telah dipersetujui masa awal2 nikah dulu, tahun ni turn beraya di muar.. seronok sebab dapat beraya kat kampung sendiri.. kampung mertua pun seronok jugak, cuma makanan je yg berbeza. kat pahang diaorang buat lemang dgn rendang.. kat johor ketupat nasi dgn lodeh, sambal kacang, rendang, kurma, ayam masak merah.. tahun ni warna tema biru!! first time nain buat baju melayu johor..kena pakai sampin kat dalam.. si ana melissa pulak kena buat baju kurung pahang.. hehe.. sesuai lah tu..

LAMA TAK UPDATE BLOG

lama dah tak update blog. tak sempat.. sebelum raya dah sibuk dgn persiapan raya. nak buat kuih raya lagi. bersilat dgn si kecik hakim yang makin melasak tu lagi.. lepas raya sibuk dgn rumah terbuka kawan2 dgn cikgu2 sekolah (dalam tak dpt bonus tu boleh lagi wat rumah terbuka..) sebelum cuti sibuk set soalan. utk paper sejarah dgn kh dah lega sebab soalan dari jpn. yg kena set soalan ictl utk budak2 form 1 & form 2. sebelum cuti jugak sibuk tanda kertas.masa sebelum cuti ni lah nak siapkan kad 001 budak, nak isi kad kemajuan budak.. rasanya banyak sekolah dah guna slip peperiksaan. sekolah i jugak yg masih isi markah budak pakai pen merah dan pen biru. lepas cuti je sambung lagi jaga budak2 stpm.. itulah kisahnya..

Thursday, October 11, 2007

selsema & sedut....

ni dah kat kampung muar. semalam sampai. orang2 kat kampung semua rindu pada Hakim.. sampai2 je hakim pun tunjuk skill. dia dah boleh duduk. dah merangkak.. dah 9 bulan dah.. dekat2 nak raya ni hakim selsema lah pulak.. tadi ke klinik pakar kanak2 muar. rm64 utk 4 jenis ubat.doktor pakar tu cakap hakim alergik. tu yg asyik selsema aje tu.

sempat gak gi anakku!! sementara tunggu nain tuning keta, lepak kat anakku!! tak larat nak lepak dgn dia kat bengkel keta.. dgn habuknya, bau minyaknya.. baik le sedut air corn kat anakku.. tak pasal2 duit dalam wallet yg tak seberapa tu pun tersedut keluar.. dapat lagi hakim sepasang baju.. gi sana sebab nak belikan hadiah utk anak sepupu.. anak kak ogy, Qistina Bilqis dgn anak abang is, Haziq Nur Asyraf.



Monday, September 24, 2007

RAHMAH, NAZRI & ....

Rahmah call semalam.. (rahmah: sahabat + adik angkat yang paling baik + memahami.. sahabat dunia akhirat..) biasalah cita pasal dia, pasal suaminya nazri, pasal mertua, ipar.. kesimpulannya dunia perkahwinan ni tak semudah yg disangkakan.. tabah-tabahkan lah hati ya rahmah.. apapun tahniah di atas perkahwinan yg sederhana tetapi meriah.. selamat pengantin baru rahmah & nazri – 24 ogos 2007

Monday, September 10, 2007

sakit mata, klinik liew, family day, ikan bakar

Balik Langkawi jangkit dari Hakim sakit mata.. sambung lagi cuti.. ibu jangkit dari Hakim; Hakim jangkit dari rumah babysitter..

Malam tu, 30 ogos bergegas ke bandar cari klinik. malangnya satu klinik je yg bukak. klinik liew. yg lain semua tutup! kata nain doktor2 kat bentong ni semua pentingkan family. nak spend masa ngan family malam2..sebab tu lah klinik tutup awal!(ala2 mempertahankan kawasan dia lah..)

baik dari sakit mata terus ke sekolah. masa tu dah 6 sept.semua orang kata "lamanya tak nampak ana.." aih, takkan rindu kot!! sambung balik kerja2 yg tertangguh di sekolah...

hari ini penat, baru balik dari family day smk bentong di fantasia resort, balok kuantan.. teringin makan ikan bakar kuantan. singgahlah di tanjung lumpur.

Thursday, August 30, 2007

meeting dah HABIS!!!

meeting dah habis!!! petang ni flight pukul 3.30pm. berdebar2 gak. maklum le kat langkawi ni sejak sampai sini asyik hujan aje. masa ke sini naik air asia.. terlepas tiket dari jpn.. ada masalah teknikal sket. ni balik guna tiket jpn. ni kiranya second experience naik flight. dulu cakap first and last time nak naik flight masa nak pegi haji.. tapi terpaksa jgk naik sebelum pegi haji.. hehe... gayat masa naik cabel car langkawi pun x abis lagi (wpun dah 3 tahun), tambah lak dengan gayat naik flight...siap nangis lagi b4 naik....hehehe...jangan salah anggap lak...nangis sbb tinggalkan suami n baby tau...x percaya tanya ina...

baby BOY...


gambar terbaru masa kenduri kahwin rahmah (adik angkat sabah). tempah baju hakim rm35 semata-mata untuk majlis rahmah. yang amat2lah membimbangkan, hakim dah pakai baju melayu pun orang masih ingat dia baby girl.. helo kawan2.. baby i baby boy tau!!


Wednesday, August 29, 2007

TAK SANGKA....

tak sangka baru je create blog ni dah ada orang hantar komen.. hehe.. tq fizi.. prihatin tul!! saja nak share cerita, pictures dgn member2. tgk org lain ada blog, kita pun nak jugak. cuma harap2nya dalam kesibukan ni, dapatlah update selalu blog ni.

rindu pada HAKIM..

masuk hari kedua di langkawi terbayang2 macam manalah si hakim kat bentong. sian dia ibu dia tinggalkan dia.. tak dapat nak bayangkan macam mana kalut le abah dia menguruskan hakim. malam2 kena bangun, buat susu, kena salin pampers, kena layan karenah dia.. sian abah..

Ni gambar hakim masa dia baru je lahir. hari pertama. rindu2 tengok lah gambar ni. gambar terbaru tak bawak la pulak ke langkawi. ada dalam fon tapi tak boleh nak transfer ke laptop.

my first attempt...

ASSALAMUALAIKUM...Salam buat semua...
akhirnya, lahirlah sudah 'baby' ana yg kedua...BLOG ni tau...bukan baby kawan HAKIM... telah berjaya dibidankan oleh INA GHAZALI... disaksikan oleh INA IPOH... turut menyaksikan kelahiran ini ialah EN SAZALI....
insya allah...ada kesempatan ana akan update blog ni... now ana kat LANGKAWI...MESYUARAT PEMBANGUNAN LAMAN WEB MYSCHOOLNET BIL 3/2007 (skemanyer...) esok dah nak balik pun....ari ni nak sambung shopping...tapi shopping angin je... smlm dah terbang semua duit yg dibawa...mujurlah balik tiket disponsor...if not, xbalik kot...

(teks ini ditaip dengan ehsan ina...tanpa gaji tau...)