Saturday, November 24, 2007

KONVOKESYEN ZURA



17 november 2007 - konvo lagi!! kali ni turn zua pulak.. zura aka zua ni adik yg ketiga.. alhamdulillah dah tamatkan pengajian.. ijazah yg sama pulak tu dgn kakak sulung dia.. ijazah sarjana muda sains (kep.) (teknologi maklumat). sekarang ni dah kerja kat majlis perbandaran sungai buluh sebagai programmer.. kak long jadik cikgu je zura.. heheh..

ACCIDENT DI BERA


26 oktober 2007 - dalam perjalanan dari bentong ke muar. ikut jalan lama.masa tu maghrib dalam pukul 7.20mlm.. hujan renyai2.. nain bawak pun setakat 80km/j. tiba2 kat satu selekoh, tah camana terasa macam tayar belakang terbuang.. terus terbabas ke tepi jalan. semua yg ada kat tepi jalan tu kami langgar. last sekali langgar tembok penanda km yg warna putih dgn biru tu. pecah berkecai tembok tu, melantun ke atas kereta..
kemek jugaklah keta.. skirting depan tercabut, side mirror pecah, body keta calar-balar, cermin depan rosak, lantai kereta pun rosak, cat skirting belakang pun terkopek.. sedih gak le tengok kerosakan keta tu..
tapi yg syukurnya kami semua selamat. alhamdulillah.. cuma terkejut aje.nasib baik time tu si hakim dekat belakang dengan mak mertua. moralnya, asal naik keta je jgn lupa seat belt. tak kira lah kat depan atau pun kat belakang.

RAYA 2007

mengikut sistem giliran yg telah dipersetujui masa awal2 nikah dulu, tahun ni turn beraya di muar.. seronok sebab dapat beraya kat kampung sendiri.. kampung mertua pun seronok jugak, cuma makanan je yg berbeza. kat pahang diaorang buat lemang dgn rendang.. kat johor ketupat nasi dgn lodeh, sambal kacang, rendang, kurma, ayam masak merah.. tahun ni warna tema biru!! first time nain buat baju melayu johor..kena pakai sampin kat dalam.. si ana melissa pulak kena buat baju kurung pahang.. hehe.. sesuai lah tu..

LAMA TAK UPDATE BLOG

lama dah tak update blog. tak sempat.. sebelum raya dah sibuk dgn persiapan raya. nak buat kuih raya lagi. bersilat dgn si kecik hakim yang makin melasak tu lagi.. lepas raya sibuk dgn rumah terbuka kawan2 dgn cikgu2 sekolah (dalam tak dpt bonus tu boleh lagi wat rumah terbuka..) sebelum cuti sibuk set soalan. utk paper sejarah dgn kh dah lega sebab soalan dari jpn. yg kena set soalan ictl utk budak2 form 1 & form 2. sebelum cuti jugak sibuk tanda kertas.masa sebelum cuti ni lah nak siapkan kad 001 budak, nak isi kad kemajuan budak.. rasanya banyak sekolah dah guna slip peperiksaan. sekolah i jugak yg masih isi markah budak pakai pen merah dan pen biru. lepas cuti je sambung lagi jaga budak2 stpm.. itulah kisahnya..