Sunday, August 17, 2008

ke PASIR GUDANG...


160808 ke pasir gudang. ada kerja kahwin sedara. Selamat Pengantin Baru utk Fatin Hanani, anak Uncle Syed & Aunty Shah dengan pasangannya penyanyi kumpulan UNIC.. dah terlanjur ke pasir gudang, kami sekeluarga singgahlah jumpa mak long dengan sepupu2..

Hakim dah setahun 7 bulan!


Nama : Muhammad Luqman Hakim Bin Muhammad Nain
Tarikh Lahir : 04 Januari 2007
Waktu Kelahiran : 1.45pm - cesarean delivery
Tempat Lahir : Tey Maternity Specialist & Gynae Centre, Muar, Johor
Berat : 2.7 kg
Panjang : 50cm

Sekejap aje rasanya masa berlalu.. hakim dah pun setahun 7 bulan. jadi anak yang baik ye sayang...


Saturday, August 2, 2008

cikgu tengah TENSION dgn kerja kursus!!

tahun ni mengajar tingkatan 3 kelas yg paling2 lah bawah.. kdg2 seronok tapi banyak yg terseksa. paling mencabar selain drpd nak control diorang dlm kelas adalah time nak buat kerja kursus.. markah dah kena key in sebelum rabu depan. tapi ada 3 org pelajar yg tak hantar lagi.dah lah tak datang sekolah! tu yg tak dpt nak tangkap buat kerja kursus.kalau ada kat sekolah mmg siap lah kamu semua aku kerjakan.. semalam ketua panitia dgn hem menyusul ke rumah diaorang. mmg takde gaya nak belajar. dok rumah sesaja tak buat apa2.. janji isnin ini nak dtg sekolah.suruh datang salin pun susah..nilah yg dikatakan objektif kerja kursus tak kesampaian.. nak diberi markah 0, tak boleh.. nanti ditanya lembaga.. sekolah kena siasat. kita yg susah. padahal budak2 mcm ni mmg tak layak dpt markah. kita yg beria-ia nak tolong dia tapi dia langsung taknak tolong diri sendiri. tak tahu lah apa nak jadik dgn anak bangsa ku ini.. emotional ke aku ni?? entahlah..