Monday, May 10, 2010

HAKIM MASUK SEKOLAH

Tahun ni masukkan hakim ke tadika. walaupun baru 3 tahun, tapi rasanya tak adalah awal sangat. Daripada dia buat rutin yang sama di rumah pengasuh dengan pengisian yang mungkin kurang berbanding jika ke sekolah, jadinya kami pun bersetuju untuk pejam mata dan keluarkan duit untuk tampung belanja bulanan tadika hakim. TADIKA LITTLE TWINKLE. pendaftaran kena bayar lebih kurang rm850. bulanan rm160, van rm50 dan pengasuh rm200. anak punya pasal, tak bolehlah nak berkira sangat.

Pengalaman hantar hakim ke sekolah; hari pertama dia nangis. tapi teacher kat tadika tu kata, "let us handle it, don't worry" jadinya dengan kesian tinggalkanlah dia kat sana.

Hari kedua, hantar hakim ke van aje. van Uncle Muthu. Alhamdulillah, dia tak meronta. elok je. kat sekolah respond dengan apa yang cikgu dia ajar, tapi masih lagi taknak berkawan. muka masam, taknak bercampur.

hari ketiga abah dia hantar sendiri naik kereta. cikgu dia kata satu hari dia spoil. langsung taknak makan, taknak berkawan, taknak main. asyik nak abah, nak pergi sekolah abah.. moralnya, jangan hantar anak sendiri, biarkan dia naik van, jadinya dia tak nampak muka kita.


dalam kereta breakfast sebelum ke sekolah

sekarang, dah happy sangat nak ke sekolah. dalam sebulan jugalah si hakim ni nak menyesuaikan diri. lega tengok perubahan dia. dah mula boleh sebut nama-nama kawan dia. macam2 perkara yang dia dah tahu. nyanyi lagu negaraku dari mula sampai habis, tahu color, shapes, lagu2 kanak2, ABC, 123, Januari, Feb... boleh lead exercise, dan yang paling penting tahu nak bersosial dan berkawan. yelah, hakim kan belum ada lagi adik beradik yang lain.
Tahun depan ingat nak hantar hakim ke PASTI pulak. budak2 ni tak boleh disogokkan dengan benda yang sama sebab nanti dia cepat bosan. Umur 4 tahun nanti belajar agama pulak ye sayang..

No comments: