Tuesday, September 27, 2011

KENDURI AKIKAH MUHAIMIN FIRDAUS





Alhamdulillah, 24 Sept 2011 yang lepas kami telah mengadakan kenduri akikah untuk Muhaimin Firdaus. Kenduri bermula lepas Maghrib, ada bacaan Yaasiin, tahllil, solat Isyak dan marhaban. Seeloknya untuk anak lelaki, kena akikah 2 ekor kambing. satu ekor untuk tunggangannya di akhirat nanti. seekor lagi untuk mencegah anak tersebut daripada terlibat dengan gangguan / godaan perempuan yang tak baik..







Untuk kenduri ini, abahnya sanggup nak bakar lemang sebagai hidangan tambahan untuk tetamu. Nain datang Muar sekali dengan mak dan adik perempuannya, Yoi. Siap import buluh lemang dari pahang lagi. mak dengan adik nain sama-sama tolong masak lemang. Alhamdulillah.. akhirnya lemang siap dimasak dalam tempoh 4 jam. mak jugak bawa tapai pulut hitam dari Mentakab.Terima kasih pada semua yang bantu kami mengadakan kenduri kesyukuran ini. Alhamdulillah..






Monday, September 26, 2011

CUKUR RAMBUT MUHAIMIN FIRDAUS





10 September 2011 semua rambut Muhaimin Firdaus telah dicukur. Ibu abah dia semua tak berani nak cukur. Yelah.. takut terluka ke, salah teknik ke..Atas nasihat orang tua, rambut bayi yang tumbuh dalam rahim perlu dicukur. Rambut tu tak bersih. Isteri abang amin, Fida yang tolong cukurkan. Terima kasih ye Fida..



SELAMAT DATANG MUHAMMAD MUHAIMIN FIRDAUS

Alhamdulillah.. syukur kepada Allah.. Tuhan yang Maha Berkuasa, Maha Mengetahui, Maha Pemberi.. Dikurniakan kepada kami anugerah yang tidak ternilai, zuriat penyambung keturunan.. Selamat datang Muhammad Muhaimin Firdaus.. Dia lahir pada hari raya ke4, 2 sept 2011 tepat jam 5.03 minit secara pembedahan..


Walaupun terpaksa menanggung sakit selepas bersalin sebab kelahiran terdahulu juga melalui c-sect, tapi aku bersyukur yang bayi ini selamat. Aku bersalin di Tey Maternity Specialist & Gynae Centre, Muar. Poor progress of labour, kata doktor.. Contraction dari pagi, smpai pukul 3, contraction dah selang 2-3 minit tapi hanya buka 3cm sahaja.. setiap kali contraction, kepala baby turun bawah. bila tak contraction, kepala baby naik semula.. lagi pulak, tali pusat belit leher baby.. doktor cadang c-sect utk keselamatan baby.

aku akur dan tetap bersyukur... kali ini nain dapat masuk tengok aku jalani pembedahan.. entah apa yang dia rasa agaknya ye..


AIDILFITRI 2011



tahun ni sambut aidilfitri di Muar.. sebabnya, sekali nak bersalin.. senang, apa2 hospital dekat. tak banyak bergambar, agaknya sebab semua dah kembang sebab tengah sarat.. hehe.. amik jugalah gambar hakim dengan mak sedara dia, Zura dan pak sedara dia, Si Faiz.. satu lagi gambar hakim dan Thara Xaviera, anak Nana, naik basikal.. comel kan..


KIA VS ALZA


6 tahun dah dia berjasa pada kami sekeluarga. berulang alik dari bentong-muar, bentong-batu7, bentong-kl... masa pindah rumah dulu, angkut macam2 barang.. beli almari, meja, tv bench, carpet, kat ikea pun guna khidmat dia.. sedih sebenarnya.. tapi nak wat camana.. kena jugak tukar keta baru.. akhirnya kami pilih perodua alza.. sbb harga dia ok.. ikutkan suka yang lain, tapi yang disukai tulah yang kami lum mampu lagi nak beli.. hehe.. apapun, alhamdulillah, rezeki Allah bagi.. Plat no tak tukar.. masih kekal plat lama.. JJT 1979.


AKU HAMIL









Alhamdulillah, syukur pada Allah.. setelah hakim mencecah 4 tahun. setelah 2 kali keguguran, akhirnya aku hamil juga.. Syukur rezeki Allah.. aku dijangka akan melahirkan bayi ini pada 13 sept 2011.. bayi hari raya.. Insya Allah semua akan selamat.. amin..

HAKIM CHICKEN POX



kesian.. tapi nak wat camana.. ingat nak amik vaksin, tapi bertangguh tangguh (duit pun ciput sebenarnya) last2 dah kena jangkit.. dapat kat tadika. redha jelah ye hakim.. nama je sakit, tapi setakat badan je penuh dgn chicken pox.. ligatnya macam orang tak sakit.

JALAN-JALAN ALMANDA PUTRAJAYA






Tujuan ke Alamanda, saja2 aje.. terlanjur dah pergi kenduri kahwin amir, anak pak ngah kat persint 10, lajak terus la ke Alamanda... bukan apa, selama ni xpernah pun jejak kaki ke sna. dengar2 je orang bercerita.. sampai2, biasa aje.. yang seronoknya si hakim lah.. segala jenis kereta yang masuk duit tu semua dia nak cuba..